Monday 16 April 2012

CONGKAK


CONGKAK



          Permainan congkak melibatkan pengiraan. Congkak dipercayai berasal daripada perkataan ‘congak’ yang bermaksud kiraan dalam Bahasa Melayu lama. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm. Buah congkak pula biasanya menggunakan guli.


 Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing mengikut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap ‘mati’. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.





    Pemain A
Pemain B 

 Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi ‘rumah’ dan kembali ke lubang sebelah pemain, dia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

KERTOK


KERTOK



Kertok adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu nangka, pulai, sentol, sena, merbau dan cengal. Di tengah-tengah kayu ditebuk lubang untuk mengeluarkan bunyi atau peti bunyi apabila di pukul pada kayu yang diletakkan di atas lubung tadi. Kertok, sekali pandang bentuknya sama seperti lesung menumbuk padi tetapi telah diubah suai menjadi suatu alat muzik yang boleh mengeluarkan bunyi yang menarik. Kertok yang lengkap mempunyai empat bahagian utama iaitu belira, bodi (badan kertok atau ibu kertok), mmalu (pemalu) dan lekar (pelapik). Belira adalah papan sekeping yang melintang permukaan bodi kertok.

Kertok adalah di dalam ketegorikan alat muzik idiophone iaitu alat muzik yang diketuk untuk menghasilkan bunyi (Mohamed Ghouse Nasuruddin, 2003). Asasnya kertok kayu mempunyai dua ton bunyi iaitu bunyi cak dan kung. Bunyi cak terhasil apabila belira dipalu menggunakan pangkal mmalu. untuk menghasilkan nada yang tinggi. Bunyi kung pula untuk nada yang lebih rendah, ianya terhasil apabila belira dipalu menggunakan getah mmalu.

Set lengkap ensemble muzik ini mempunyai 6 buah kertok dan pemuziknya seramai 12 orang pemain iaitu dua orang bagi satu kertok. Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, kertok biasanya dimainkan untuk tujuan berikut :

· Sebagai hiburan selepas musim menuai dan alat bunyi-bunyian untuk memeriahkan suasana majlis keraian.
· Kertok juga digunakan dalam pertandingan yang disertai penduduk kampung terutama selepas musim menuai padi. Lazimnya, pertandingan tersebut diadakan pada waktu malam.
· Digunakan oleh golongan tertentu untuk memanggil penduduk kampung atau orang ramai supaya berkumpul sebelum menyampaikan sesuatu berita atau pengumuman penting.

Kertok pada masa kini bukan lagi sekadar dimainkan di kampung-kampung malah dimainkan di dalam upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, memyambut orang kenamaan dan perayaan-perayaan rasmi. Bagi menambahkan tarikan dan keasyikan, adakalanya kertok dihiasi indah dan paluannya bertingkah (khoceh) yang dianggap paling merdu.




BAHAGIAN-BAHAGIAN KERTOK


Kertok terbahagi kepada beberapa bahagian yang penting seperti bodi(badan kertok), lekar 
(pelapik), belira (daun atau bilah), mochok, getah pengikat, dan mmalu (alat pukulan).

Bodi (badan kertok atau ibu kertok)
Bodi (badan kertok) kelapa diperbuat daripada kelapa dan bodi kertok kaya diperbuat daripada kayu seperti kayu nangka, pulai, sentol, sena, merbau dan cengal. Jenis kayu memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan ton yang baik.
Lekar (pelapik)


Lekar adalah bahagian bawah yang menyokong untuk menstabilkankedudukan bodi kertok. Lekar ini juga berperanan untuk menyerap bunyi, dan sekaligus mempengaruhi ton bunyi kertok apabila dimainkan. Biasanyalekar diperbuat daripada tayar kereta sorong dan dibalut dengan kain atau guni jut yang warnanya mengikut citarasa pembuatnya.

Belira (daun atau bilah)

Belira adalah bahagian yang penting dalam sesebuah kertok. Ia biasanya diperbuat daripada kayu chengal kerana ia dapat menghasilkan ton yang baik dan kayunya mempunyai kualiti yang tinggi (tidak mudah rosak apabila dipalu). Untuk ketahanan, belira disipal (besi dipaku pada tepi belira) supaya ianya tidak mudah pecah apabila dipalu dalam jangka masa yang lama.

Mocok (pancang) dan getah

Mocok berperanan untuk menetapkan kedudukan belira pada ibu kertok. Pada zaman dahulu ianya diperbuat daripada rotan dan kini mocok dibuat dengan menggunakan wayar.


Gambar di atas menunjukkan peranan mocok untuk menetapkan kedudukan belira pada ibu kertok.


Kedudukan belira pada ibu kertok dikuatkan lagi dengan mengikat getah untuk menghalang belira daripada tertanggal apabila di palu dengan kuat. Gambar di bawah menunjukkan kedudukan belira yang diikat dengan menggunakan getah. Getah ini diambil daripada tiub basikal atau motosikal.


Mmalu (alat paluan)

Mmalu ada empat bahagian iaitu kepala, getah, ulu(pemegang) dan pangkal seperti dalam gambar. Sesetengah mmalu ada dua bahagian iaitu getah mmaludan ulu mmalu. Pada zaman dahulu getah mmaludiperbuat daripada ‘getah skrap’ dan kini getah itu digantikan dengan tiub motosikal atau basikal yang gunting halus kemudian dililitkan pada kayu dan dicelup ke dalam gam untuk memastikan ianya melekat dengan kuat. Akhir sekali barulah dibalut dengan tali nelon untuk membentuk lilitan yang bulat pada pemukul. Semua bahagian mmalu ada peranannya yang tersendiri dalam menghasilkan bunyi semasa permainan kertok.

GASING




Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Membuat Gasing
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
Cara Bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.




CARA BERMAIN GASING

Ada lima langkah utama dalam permainan gasing, iaitu melilit tali, melilit gasing, memusing gasing, memangkah, dan mengangkat gasing. 


1. Melilit tali
Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang tidak diikat dengan kemas akan terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat berpusing dengan ligat. Terdapat dua cara melilit tali iaitu:
• Melilit di lengan
• Melilit di jari kelingking


2. Melilit gasing 
Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing. Gasing boleh dililit menggunakan dua cara, sama ada dililit pada bahagian lengan dan kemudian dililit pada gasing ataupun melilit tali pada pokok dan kemudian dililit pada gasing.


3. Memusing gasing 
Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan secara pusingan sorong tarik atau pusingan sentap. Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing perlu sentiasa berada dalam keadaan mengiring. Pemain akan menumpukan perhatian pada sasaran di hadapan dan badan dibongkokkan kira-kira 45 darjah. Gasing akan diayunkan dan semasa ayunan dibuat, gasing akan ditegakkan. Pusingan secara sentap pula dilakukan untuk menghasilkan pusingan yang ligat. Pemain akan berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan yang memegang gasing menghala ke atas. Tangan pemain berada kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Ketika gasing diayunkan, pemain akan menyentap sedikit tali supaya gasing menjadi lebih ligat dan mampu berpusing lama. 


4. Memangkah gasing 
Pemain yang ingin memangkah gasing pihak lawan, perlu menumpukan perhatian tepat mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan menghasilkan uri yang ligat. Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang, dan pangkah tebang.


5. Mengangkat gasing 
Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya adalah untuk memastikan pusingan gasing dapat bertahan dengan lebih lama. Semasa gasing masih ligat berpusing, pemain akan cuba mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut tidak berhenti ketika diangkat. Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu menentukan liuk gasing. Liuk gasing adalah pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Arah pusingan badan juga perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan gasing. Gasing akan diangkat menggunakan tali dan cokok. Untuk memastikan gasing berpusing ligat, mengangkat gasing perlu dibuat berhati-hati dan gasing perlu berada dalam keadaan tegak serta tali yang digunakan perlu tegang.


Kaedah
Gasing dimainkan dua cara, sama ada sebagai gasing uri ataupun gasing pangkah. Gasing uri biasanya dimainkan untuk melihat dan menguji ketahanan gasing berpusing. Pemenang akan diadili berdasarkan jangka masa gasing dapat berpusing. Gasing yang mampu berpusing lama dikira sebagai pemenang pertandingan. Biasanya gasing mampu berpusing lebih daripada satu jam. 


Gasing pangkah pula dimainkan untuk mengetuk gasing pihak lawan dan dimainkan oleh dua buah kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga lima orang. Sebelum permainan dimulakan, mereka akan beradu kekuatan dahulu. Pertandingan uri akan dibuat untuk memilih kumpulan memangkah dan kumpulan menanti. Gasing kumpulan yang berpusing lebih lama akan menjadi kumpulan memangkah manakala kumpulan yang kedua akan menjadi kumpulan menanti. 


Kumpulan memangkah akan memangkah gasing kumpulan menanti. Tujuannya adalah untuk memecahkan gasing pihak lawan atau paling tidak, dapat menghentikan gasing pihak lawan. Tetapi jika gasing kumpulan menanti masih berpusing, jong cokok akan digunakan. Jong cokok diperbuat daripada kayu dan agak leper. Gasing yang masih berpusing akan dicokok ke permukaan jong dan jika gasing pihak menanti lebih lama berpusing, kumpulan memangkah akan bertukar menjadi kumpulan menanti dan begitulah sebaliknya. 

WAU

SENI WAU ATAU LAYANG-LAYANG


Pengenalan 


Sejarah Wau 
  1. wau merupakan salah satu jenis layang-layang yang terindah didunia dari segi rekabentuk,pertukangan, hiasan, dan penggunaan warna.
  2. Menurut sejarah,permainan wau telah bermula di negara China sejak 3000 tahun yang silam.Kononnya wau digunakan untuk menerbangkan makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit-bukit semasa banjir
  3. selain dari itu wau juga digunakan untuk mengesan sama ada sesebuah sungai mempunyai ikan atau tidak.
  4. mengikut sejarah, permainan wau di Malaysia telah dimainkan sejak kurun ke-15 oleh orang melayu
  5. Orang melayu pada zaman dahulu percayabahawa angin dan langit mempunyai semangat dan wau merupakan satu cara untuk menarik perhatian semangat-semangat supaya tidak ditimpa satu-satu kejadian yang tidak diingini.
  6. wau merupakan sejenis permainan hiburan masa lapang dikalangan masyarakat nelayan ,kampung atau petani, disamping mempunyai ciri-ciri kesenian yang tersendiri
  7. terdapat ramai tukang wau mahir di negeri Kelantan kerana wau merupakan kesenian negeri Kelantan
  8. negeri Terengganu juga terkenal dengan pembuatan waunya
  9. Bentuk wau bulan telah menjadi lambang pegenalan Malaysia melalui syarikat Penerbangan Malaysia berhad (MAS) 
b) Jenis Wau
  1. Wau yang dibuat untuk dilayamngkan di angkasa hingga ketinggian 500 kaki
  2. Wau yang dibuat untuk pertandingan
  3. Wau yang dibuat untuk hiasan dinding sahaja dan dijual kepada para pelancon
Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh

2. Meraut buluh

3. Membuat rangka

4. Menampal rangka

5. Membuat corak

6. Menampal corak

7. Memasang teraju


 


 Memilih Buluh
Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.

 

Meraut Buluh
Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.

 

 

Membuat Rangka
Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

 

Menampal Rangka
Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.

 


Membuat Corak dan Menampal Corak
Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.

 

 
Memasang tali teraju
Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya


Bahagian-bahagian Wau



 



Tokoh-tokoh Wau



 
Hashim B. Awang
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi.
Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London.



 

Wan Su B. Wan Othman
Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir.