Monday 16 April 2012

CONGKAK


CONGKAK



          Permainan congkak melibatkan pengiraan. Congkak dipercayai berasal daripada perkataan ‘congak’ yang bermaksud kiraan dalam Bahasa Melayu lama. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm. Buah congkak pula biasanya menggunakan guli.


 Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing mengikut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap ‘mati’. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.





    Pemain A
Pemain B 

 Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi ‘rumah’ dan kembali ke lubang sebelah pemain, dia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

No comments:

Post a Comment